Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Datang ke Blog Rasmi YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wednesday 21 May 2014

Perjalanan Karier Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli parlimen Batang Lupar kemudian Parlimen SantubongSarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) . Pada 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Timbalan Speaker Dewan Rakyat).Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri untuk kabinet malaysia 2013. Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat inspektor. Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Seterusnya sebagai peguam.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasanparlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800. Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% . Undi rosak sebanyak 248.

Lawatan Datuk Dr. Haji Wan Junaidi serta Isteri ke Kampung Tabuan Haji Drahman

Pada tanggal 13 Mei 2014, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi serta isteri Datin Feona Wan Junaidi telah menghadiri satu Majlis Penyerahan Sumbangan Kecemasan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Tabuan Haji Drahman. Majlis itu bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada YB Datuk untuk melihat sendiri keadaan tapak kejadian kebakaran selain memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 7 Mei 2014 sekitar jam 10.30 pagi itu telah mengakibatkan 8 buah rumah hangus sepenuhnya manakala 1 buah rumah hangus sebahagian. Walaupun pasukan penyelamat dan bomba telah bertungkus lumus untuk memadamkan api kebakaran namun keadaan api yang terlalu marak dan begitu cepat merebak telah mengakibatkan harta benda serta dokumen-dokumen penting tidak dapat diselamatkan oleh penduduk kampung.

Paling menyayat hati YB Datuk serta seluruh rakyat adalah apabila kejadian kebakaran itu telah meragut nyawa seorang ibu iaitu Anisa binti Ramblee (26 tahun) serta dua orang anaknya iaitu Nur'shaza binti Mohd Azmi (5 tahun) dan Siti N'ur Diana binti Mohd Azmi (3 tahun). Inilah yang dinamakan takdir daripada Allah S.W.T namun adalah besar harapan YB Datuk agar anak-anaknya yang lain yang masih hidup dapat meneruskan hidup sama seperti kanak-kanak lain selain diberi kasih sayang yang secukupnya oleh keluarga yang memelihara mereka. 

Dengan adanya sumbangan daripada YB Datuk diharap dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung selain memberi kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut agar tidak mudah berputus asa dengan ujian dan dugaan yang diberikan. 

Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar roh mangsa tiga beranak yang terkorban tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa. Al-Fatihah.


















Profil Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam, Sadong, Sarawak. Kini berusia 68 tahun, Ahli Parlimen Santubong ini mempunyai tiga orang anak.
Mendapat pendidikan tinggi di England dan Amerika Syarikat, beliau memperolehi Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan (DBA) dari University of Southern California, Amerika Syarikat.
YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar amat gemar membaca dan menulis. Beliau amat meminati tulisan-tulisan klasik sastera Inggeris seperti The Iliad and the Odyssey oleh penyair Yunani Homer, dan beliau juga telah membaca hampir kesemua buku-buku karya Denise Robins.
Di rumah, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar mengakui menyimpan lebih daripada 7,000 naskah buku. Minat beliau yang mendalam terhadap penyair Homer juga menobatkan filem klasik Ulysses (1955) lakonan Kirk Douglas sebagai filem terbaik yang pernah beliau tonton. Kisah epik kepahlawanan, keberanian, ketaatan, kejujuran dan cinta yang dipaparkan dalam kisah-kisah itu amat menyentuh perasaan YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.
Sekiranya diberikan peluang untuk bercuti selama sebulan, Ahli Parlimen Santubong ini akan menghabiskannya dengan melakukan tiga perkara. Beliau akan menghabiskan sepuluh hari untuk bersantai di tempat percutian tanah tinggi untuk menghirup udara segar dan menenangkan fikiran. Kemudian, beliau akan menghabiskan sepuluh hari lagi dengan memandu dari bandaraya Kuching ke Brunei bersama keluarga, singgah bermalam di kampung halaman dan rumah panjang sewaktu dalam perjalanan. Selepas itu, beliau akan menghabiskan baki sepuluh hari yang lain untuk melawat perpustakaan-perpustakaan termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari buku-buku syair dan hikayat lama.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar